SAYA PERLUKAN DOA KAWAN-KAWAN SEMUA

Sangat lah susah saya up status berkenaan anak. Sangatlah payah saya share aktiviti sehariannya. Tapi kali ni saya betul2 perlukan doa kawan2 semua.

Anak saya, 2 tahun 6 bulan umurnya. Kini sedang bertarung nyawa di icu. Si cilik ini telah dikejarkan ke hospital 2 hari lalu apabila sesak nafas dan mengalami najis berdarah.

Hingga kini doktor tak dapat menjumpai punca pendarahan. Mohon doa dari semua yang membaca status ini. Doakan kesembuhan kesihatan, kekuatan tubuh, agar dapat melawan penyakitnya.

Dia anak yang baik. Anak yang cerdik. Dialah penghibur. Dialah penyeri. Dialah kekuatan. Kerana dia jugalah saya masih mampu berdiri. Kerana dia jugalah saya masih mampu tersenyum.

Moga ada khabar gembira di akhir perjuangannya.

Terima kasih kawan2 yang tak putus2 mendoakan. Moga Allah membalasnya dengan sebaik2 kebaikan.

Buat anak mama , Hana Humaira binti Muhammad Khairul Fadhil, teruskanlah berjuang, lawan sampai menang!


---

02 Mac 2017

Hospital Shah Alam

No comments:

Post a Comment