JOM BALIK, HUMAIRA



Pejam celik dah pun 9 hari menginap di sini. Humaira nampaknya belum puas lagi. Masih nak tidur enak di dalam katil berpagar besi ni.

Masuk bulan Ramadan, buka puasa dan sahur semua di sini. Belum ada rezeki nak masak sendiri. Seronok tengok kawan kawan post gambar masakan. Rasa teringin nak masak di rumah. Air tangan sendiri.

Masa solat di surau, sempat borak dengan teman. Betapa teringinnya nak makan sambal sotong. Minta suami cari di bazar dan kedai. Tapi takda pun orang jual. Telan liur. Tahan diri. Cakap sendiri, nanti Humaira balik, nak masak sambal sotong.

Tapi Humaira tak tahu keluar bila. Doktor pun nampaknya masih belum puas bermanja dengan Humaira. Masih nak tunggu bacaan normal.

Platelet Humaira sangat rendah. Berisiko berlaku pendarahan. Masih ada infection. Perlu pemantauan lagi.

Secara semulajadi, fisiologi tubuh Humaira agak istimewa berbanding kita semua. Selagi Humaira membesar, selagi itu thrombosis akan sentiasa terhasil dalam tubuh.

Dan ini amat bahaya. Pendarahan boleh berlaku anytime. Thrombosis itu tidak dapat dibuang sebab ia terhasil secara semulajadi.

Tidak boleh dibuang. Cuma boleh dipantau. Ibarat tiang seri rumah, tidak boleh beralih. Berpindah tiang, runtuhlah rumah menyembah tanah.

*.
*.
Hari ni, dapat wasap. Dari teman. 'Sambal sotong awak dah siap. Awak makan waktu berbuka tau.'

Ya Tuhan. Nikmat apa yang Kau cuba tunjukkan. Betapa Tuhan baik sangat. Di saat kita rasa down sangat. Masa tu Allah hadirkan orang hebat. Yang datang mengambil berat. Membantu di saat penat.

Hidup ni terlalu banyak rahsia. Banyak surprise yang Allah bagi. Biarpun kita hampir give up. Rasa nak meratap. Tapi selagi mana kita percaya, selagi tu Allah akan hantar bantuan dari arah yang kita tak sangkakan.

Terima kasih teman. Semoga Allah membalas jasamu dengan sebaik baik kebaikan.

#hanahumaira
#anaksyurga

.

4 comments:

  1. Apa khabar humaira? selamat hari raya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. Humaira makin baik..

      Ya ampuuuunn....dah lepas Raya Haji baru perasan ada komen ..

      Delete
  2. Semoga baik2 saja buat humaira.. InsyaAllah.. Aamin

    ReplyDelete