Hampir sebulan saya tak membuat sebarang posting di fesbuk. Walau setiap hari masih online. Saya berehat dari menulis kerana saya tak mampu pun nak pegang henfon dan taip panjang panjang.
Humaira sudah ketagih gadget. Pantang nampak handphone, pasti jadi rebutan akhirnya. Dan saya hanya mampu beralah pabila Humaira akan tantrum nangis nangis berpanjangan sehinggalah dapat juga handphone ke tangannya.
Jadi saya tak pegang handphone. Sorok jauh jauh dari Humaira. Kalau dah sekali terpegang tu memang jenuhla bila Humaira nampak.
Saya tak boleh biar Humaira menangis lama. Sebab Humaira menjerit sampai terbatuk batuk. Bahaya untuk Humaira. Tubuhnya fragile.
Kita boleh nampak dadanya berombak dan berlekuk. Perutnya yang membuncit (akibat portal-hypertension) akan mengeras. Urat urat hijau akan kelihatan timbul. Dan hanya berakhir dengan muntah.
Hampir setiap hari Humaira perlu ambil inhaler. Ventolin dan salbutamol. Untuk control lelahnya. Humaira pula demam on off. 2 kali bawa jumpa pakar. 2 kali juga pakar kata 'Anak awak ok je.' Tapi suhunya naik tinggi waktu malam. Saya banyak stay up malam untuk control suhunya.
2 3 minggu ni memang saya berkawan baik dengan hospital. Banyak sangat hospital visits.
Saya juga banyak habiskan masa untuk setup dapur Nenekatering. Banyak urusan belakang tabir yang menuntut saya bekerja keras.
Sampai satu masa saya dah overly exhausted. Pernah saya terduduk menangis sendiri sebab terlalu penat.
Tapi ini bukan alasan saya untuk berhenti rehat. Saya ada banyak komitmen dan tanggungjawab yang berat. Saya mesti teruskan buat. Saya mesti kuat.
Doakan semoga anak saya sihat. Doakan Humaira supaya menjadi anak yang hebat. Dialah pembakar semangat. Dialah penguat kudrat.
Saya percaya suatu hari nanti Tuhan akan kurniakan pelangi yang cantik untuk saya terus tersenyum melihat dunia.
#hanahumaira
#anaksyurga
Saya suka cerita begini..menerbitkan rasa kasihan dalam hati
ReplyDeleteSemoga kita sama sama mendapat manfaat daripada perkongsian ini.
Deletesemoga humaira cepat sembuh dan ibunya diberi kekuatan utk membesarkan anak..
ReplyDeleteamin..inshaAllah.. sama sama kita doakan kesembuhan untuk Humaira. semoga Allah makbulkan doa kita semua.
Delete