Umur Humaira hampir menginjak 3 tahun, tapi masih belum boleh menyebut apa-apa perkataan. Mula-mula rilek lagi. Rasa takde apa-apa. Dan pada 3 bulan lepas tergerak hati bawa anak buat pemeriksaan doktor. Dan bila doktor dah tunjuk carta perkembangan kanak-kanak, barulah saya menerima hakikat bahawa Humaira perlu pertolongan.
Memang setiap perkembangan anak berbeza. Sebab tu kita sebagai ibu bapa perlu cakna soal perkembangan anak-anak.
Tengok keliling. Kanak-kanak seusia anak kita. Apa kebolehan asas yang mereka sepatutmya dah kuasai? Dan adakah anak kita juga sudah kuasai?
Situasi normal apa bila ada yang beranggapan, 'Alah, biasalah tu.. nanti esok-esok pandailah dia,' Tapi kan, lagi best kalau kita dapat bantu memendekkan tempoh anak-anak menguasai kemahiran bercakap.
Rasa bertambah kasihan bila anak hanya pandai menangis bila nakkan sesuatu. Jadi, sambil-sambil cuti jaga anak, maka saya pun buat bacaan serba sedikit untuk membantu di rumah.
1) Pastikan kita rendahkan badan menggunakan eye level bila bercakap dengan anak.
Bila posisi kita sama tinggi dengan anak, matanya akan tertumpu pada kita. Dia akan lebih fokus. Elakkan berdiri ketika bercakap dengan anak. Sebab dia akan rasa terancam bila paras kedudukan kita lebih tinggi.
2) Tunjukkan contoh bila berinteraksi
Guna 2 contoh yang dekat. Sebagai contoh, 'ini papa,' sambil tunjuk pada gambar bapa. Kemudian tunjuk contoh kedua, 'ini mama,' ulang beberapa kali. Bila nampak anak semakin faham, minta anak respon sendiri, 'kakak, mana satu mama?' Tunggu respon daripada anak. Ulang 2 3 kali soalan yang sama sebelum berpindah ke soalan lain.
3) Ajak buat latihan fizikal
Ini penting untuk melatih kemahiran psikomotor. Petang hari, boleh bawa anak ke taman permainan, ajak anak memanjat dan bergayut pada 'monkey bar'. Boleh juga ajak anak melompat-lompat di atas trampolin, bukan melompat di atas katil mahupun kusyen rumah. Sebab anak perlu melompat pada permukaan keras, bukan lembut. Sambil-sambil tu boleh nyanyi dengan anak, ' five little monkeys jumping on the bed, one fell down and broke his hand, mother call the doctor and the doctor said, no more jumping on the bed, 😂
4) Gunakan suara dan bunyi
Tunjukkan model kereta permainan misalannya, 'ini kereta, kereta bergerak, vrooomm... vrooommm' . Penggunaan bunyi membantu mereka ingat dan mudah faham.
Apa pun keadaan, jangan berputus asa dengan anak. Sentiasa bantu dan sokong anak buat sesuatu. Perlukan kesabaran.Mudah-mudahan dengan kesungguhan kita dan kesabaran kita dalam membantu anak-anak, Allah mudahkan jalan kita.
No comments:
Post a Comment