INDAHNYA RAMADAN KALI NI



Dah 5 hari berkampung di sini. First time mama rasa sahur dan berbuka di hospital. Satu rasa yang penuh sesuatu.

Asalnya hari isnin lepas Humaira ada appointment jantung dengan hospital Serdang. Masa jumpa doktor, doktor nampak Humaira penat. Doktor bagi nebulizer. Sebelum balik doktor pesan lagi, 'Puan, kalau nampak anak masih penat, puan bawa semula anak ke hospital.'

Jadinya hati mama dah jadi makin tak tenteram. Dada Humaira turun naik. Nafas berbunyi keras. Petang tu time maghrib mama bawa Humaira ke jabatan kecemasan.

Right before entered the doctor's room, ada seorang puan menegur, 'Anak awak sakit apa ni puan? Anak awak nampak kuning.'

Jantung mama pula tambah laju dengar teguran tu, 'Oh yeke? Saya tengok anak saya hari-hari. Saya tak perasan. Terima kasih bagitahu.'

Seperti telahan awal, Humaira warded. Tapi concern doktor bukan pada lelahnya. Tapi hb rendah. Bacaan normal untuk Humaira perlu 9. Tapi kali ni bacaan 4.

Makanya 5 kali blood tranfusion telah dilakukan sepanjang 5 hari Humaira di sini. Bekalan darah pula tak cukup. Perlu order dari hospital besar. Cucuk jarum entah berapa kali. Tangan kaki bengkak lebam dah lali.

Pancytopenia. Satu penyakit kurang darah. Berpunca dari splenomegaly. Satu pembesaran tak normal pada saiz limpa. Akibat portal hypertension pada saluran darah portal. Keadaan saluran darah portal yang tersumbat. Menyebabkan kegagalan pada fungsi darah. Titik.

Tak tahu sampai bila Humaira di sini. Doktor cakap kena tunggu hb normal dulu. Sebelum ni hb pernah drop juga. Tapi sebab ada bleeding. Melena and hematemasis. Yakni berak berdarah dan muntah darah.

But this time, no signs of bleeding. Tapi hb drop. Jadi kita tak tahu sebab apa hb drop. Cumanya doktor just tambah darah untuk  kembalikan bacaan normal.

Sesekali mak patient lain datang jenguk Humaira. Sempat juga dia cakap, 'Teruknya anak awak. Tengok mata pun dah tahu. Perut pun nampak besar je. Dah sakit sangat anak awak ni. Tengok pun dah terseksa. '

Mama cuma jawab sambil senyum, 'Kalau saya explain pun awak bukannya faham. Saya anggap ini ujian untuk saya. Ujian di bulan romadon.'

Berhasil nampaknya bila beliau berundur menuju ke katil anaknya semula.

Macam tu lah Humaira. People can talk. But they cant feel. Kita yang rasa sakit ni. Kita yang hadap susah ni. Maafkanlah sahaja mereka. Sebab mereka tak mampu, sebab tu Allah tak uji mereka begitu.

Mama tahu Humaira sangat kuat untuk hadapi semua ni. Dalam ramainya manusia, Allah pilih Humaira. Sebab Humaira boleh.

Ingat pesan mama, ujian yang hebat hanya untuk mereka yang hebat. Be proud.

Satu hari nanti, bila Humaira dah besar. Humaira bacalah semula tulisan ni. Mama tulis untuk Humaira. Supaya Humaira sentiasa ingat, bahawa sesungguhnya Humaira insan kuat.

Doakan Humaira di sini. Humaira nak balik rumah. Hospital ni sejuk. Aircond tak boleh adjust. Sejuk menggigil sampai ke tulang.

Humaira baik baik saja. 😊

#hanahumaira
#anaksyurga

*

No comments:

Post a Comment