KEPERCAYAAN DALAM BISNES

Sebenarnya kan, kepercayaan adalah nilai terpenting dalam berurusan dengan sesiapa sahaja.

Kalau kita nak buat sesuatu mesti kita akan deal dengan orang yang kita percaya kan?

PERASAAN MEMILIKI ANAK ISTIMEWA

Baru baru ini saya sempat menyaksikan airmata seorang ibu yang memiliki anak istimewa. Saya lihat betapa sedihnya beliau apabila anaknya tidak mendapat tempat dihati masyarakat.

Anaknya diminta untuk diasingkan, dengan alasan bahawa anaknya perlukan extra attention dan extra care. Atau dengan istilah kata lain tidak boleh bercampur dengan crowd.

Saya cuba untuk memahami sedayanya. Saya tidak mampu untuk memberi buah nasihat. Kerana saya sama sekali tidak berada ditempatnya.

KHAS UNTUK YANG SUKA BERJIMAT

Sejak azali lagi saya sentiasa berjimat cermat dan berkira kira untuk membeli apa sahaja. Even benda tu sangat penting sekalipun jika tidak berada dalam keadaan terdesak. Saya takkan membeli.

Walau di saat semua orang berebut rebut untuk membeli. Saya tetap sado untuk kekal melihat atau tak pandang terus asalkan dapat berjimat. Lebih lebih lagi dalam bab makanan.

Saya lebih selesa memilih yang murah asalkan dapat berjimat. Kadang kalau datang teringin nak makan apa apa. Saya lebih rela memasak sendiri berbanding membeli yang dah siap masak. Kalau nak beli di kedai pun. Saya akan membuat perbandingan antara kedai A dan kedai B. Dan pilihan saya adalah yang murah.

NASI AIR DINGIN YANG LEJEN

Bila pulang ke Kelantan, pasti saya tak melepaskan peluang untuk menikmati Nasi Air Dingin.

Bukanlah bermaksud nasi yang dingin airnya, tetapi hanyalah sejenis nasi berlauk famous amos yang berasal dari Air Dingin, Tumpat, Kelantan.

5 KATERING DALAM 1 HARI

Selesai lima katering untuk tiga hari.
Dapat variasi pengalaman bermakna.

Dari Shah Alam terus ke Puchong. Sambung lagi di Puchong, lipat ke Kelana Jaya sebelum menghabiskan hujung minggu di Shah Alam.

MELEPASI TAHUN PUAKA BISNES

Tadi sempat borak dengan sorang kawan. Sembang punya sembang. Terkeluarlah hal bisnes katering yang saya buat ni.

Kawan tanya. Dari mana saya dapat modal untuk uruskan bisnes katering ni. Terdiam juga saya cari jawapan. Yelah. Sedar tak sedar saya sudah selamat melepasi tahun tahun puaka bisnes.

TERAPI DI PETANG HARI

Dah jadi kebiasaan bila kita menghadap sesuatu perkara dalam satu tempoh yang lama, pasti akan wujud satu perasaan letih dan bosan.

Bukan bermaksud sudah tak berminat, cuma kadang –kala we just need some refreshment to recharge the energy. Sama macam bateri, bila sudah lama berfungsi, sampai suatu masa, tetap perlu dicas semula. Supaya dapat berfungsi dengan lebih baik.

BELAJAR BUAT BLOG DAN VLOG

Kami berdua ditakdirkan lahir sebagai kembar. Seiras ke? Mana kakak mana adik? hihi. Walau masa kecik dulu macam anjing dengan kucing. Memang betul. Masa kecik suka gado. Tak caya tanya mak. 

Tapi bila dah besar kami bff. Banyak perkara kami akan discuss bersama. Saling bertanya khabar itu biasa. Kalau tiba tiba rasa tak sedap hati. Terus call yang satu lagi. Semata mata nak tanya 'kau ok ke?'

CLOSE SALE MAJLIS AKAD NIKAH

Alhamdulillah. 
Permulaan tahun 2018 yang baik. 
Berjaya close sale untuk majlis akad nikah. 

MEE KUAH TELUQ GEDIK DI PENDANG KEDAH

NENEKatering menikmati mee kuah teluq gedik. Dah lama saya ngidam nak makan ni. Ditambah pula dah lama tak pulang ke kampung halaman. Maka sebaik sahaja sampai di rumah, terus saya ajak suami pekena Maggie Teloq Gedikk.

Haa dah memang namanya begitu. Rasanya? Mabeles. Saya bagi A+++. Really recommended. Kenakannya terserlah.

KATERING UNTUK PELBAGAI MAJLIS

Sekarang musim kenduri kendara. Sangat penting jika anda memilih caterer yang tepat untuk kelancaran majlis anda.

Nenekatering bersedia menyaji juadah enak untuk majlis |harijadi| |kesyukuran| |akikah| | tunang| |nikah| |sanding| |kahwin| .

Majlis perkahwinan/ pembukaan dobi tok abah denai alam



Selesai 4 job katering berturut-turut. Alhamdulillah atas nikmat ini. Terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada @nenekatering.

Shah Alam - Cheras - Denai Alam

kesyukuran - nikah - jamuan

TIPS MEMASAK UNTUK JAMUAN ATAU RUMAH TERBUKA

Secara keseluruhannya , terdapat beberapa faktor yg perlu diambil kira bila menyediakan jamuan yg melibatkan tetamu yg ramai. Pada pengamatan saya dalam bidang masakan ialah biasanya orang-orang di kampung makan lebih banyak nasi dari orang-orang di bandar?

ALERGIK BULU BURUNG

Masa mula-mula badan Humaira kena alergik bulu burung hari Rabu hari tu, saya terus bawanya ke klinik. Saya ada cerita detail pada posting sebelum ni.
Masa di klinik, saya ada tanya doktor, anak saya ni tak payah cucuk ke. Sebab selalunya kalau alergik kan kena cucuk. Tapi doktor cakap tak perlu. Sikit je ni. Sapu ubat nanti hilanglah bengkak tu.
Balik rumah terus saya bagi Humaira minum ubat. Esok pagi bangun, mukanya jadi bengkak. Sembab. Saya belek badan Humaira. Penuh bengkak merah. Saya still bagi ubat yang doktor bagi ikut aturan.
Malam tu Humaira tak boleh tidur. Sekali dengan saya tak tidur. Humaira asyik menggaru dan menangis. Kesian Humaira. Dia masih belum pandai mengadu sakit. Humaira hanya merengek.